Banner
 

 

LATAR BELAKANG SYARIKAT

IRNA YAKIN TRAVEL & TOURS SDN. BHD. telah diperbadankan pada 29 April 2008 di bawah Akta Syarikat 1965. Kelulusan untuk menjalankan perniagaan dalam bidang Pelancongan Dalam Negeri (Inbound), Pelancongan Luar Negara (Outbound) dan Perniagaan Agensi Pengembaraan (Ticketing) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia pada 23 Disember 2008.

Syarikat hak milik 100% Bumiputera ditubuhkan untuk mengintegrasikan cabaran dan tuntutan bagi pembangunan pelancongan dan perkhidmatan di Malaysia di samping bersedia menghadapi saingan dengan syarikat yang sedia ada. Dengan tenaga pengurusan yang berpengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang pengurusan, perjalanan dan pelancongan dalam dan luar negara, kami yakin dapat merealisasikan hasrat dan arah tuju syarikat.

Dengan barisan pengurusan yang berpengalaman, mempunyai tahap daya tahan dan daya saing yang tinggi, ketahanan mental dan jati diri, dedikasi serta bertanggungjawab, Insya'Allah Irna Yakin Travel & Tours Sdn. Bhd boleh melaksanakan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan menepati kehendak pelanggan. Konsep urusniaga Irna Yakin Travel & Tours Sdn. Bhd ialah kepercayaan diberi, perlaksanaan direncanakan demi kesinambungan perniagaan berterusan.

Harapan kami dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik serta memuaskan sejajar dengan moto kami iaitu “Bersama Menuju Kesempurnaan”.

 

MAKLUMAT DAN MODAL BERBAYAR SYARIKAT

:: NO. PENDAFTARAN SYARIKAT ::

815643-X

:: NO. LESEN KEMENTERIAN PELANCONGAN ::

KPL/LN:5752

:: ALAMAT BERDAFTAR ::

No. 61-2, Jalan Melati Utama 4
Taman Melati Utama
53100 Kuala Lumpur.
MALAYSIA

Tel : 603-41473699 (8 Talian)

Fax : 603-41474699

Website : www.irna.com.my atau SMS sistem : Taip IRNA & sms ke 36553

 

AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN PENGURUSAN TERTINGGI SYARIKAT

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
DATO' AMRAN BIN HAJI HUSSAIN

 

MISI DAN VISI SYARIKAT

• MENAWARKAN HARGA YANG KOMPETATIF UNTUK MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH;

• MEMASTIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK DAN KELANCARAN JEMAAH KE TANAH SUCI;

• MEMAJAK BANGUNAN DI TANAH SUCI UNTUK JANGKA MASA PANJANG UNTUK HAJI DAN UMRAH;

• MENARIK SEBERAPA RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENYERTAI KEAHLIAN KEMBARA IRNA;

 

 

 

 


 

 

 

 

Disokong oleh :

Keahlian :

Logo Ahli Kembara

Copyright © 2008 - 2012 Irna Yakin Travel & Tours Sdn Bhd. All rights reserved.