Irna Yakin Travel & Tours

Irna Yakin Travel & Tours

Aturcara Perjalanan "Mekah - Madinah" Semasa Di Tanah Suci

(12 Hari / 10 Malam)

ATURCARA PERJALANAN "MEKAH – MADINAH" SEMASA DI TANAH SUCI

(12 HARI / 10 MALAM)


HARI PERTAMA (KLIA & MEKAH)


• Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sbelum masa berlepas

• Jemaah dinasihatkan memakai pakaian ihram, mandi solat ihram dan solat sunat ihram di rumah

• Passport, tiket dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah sebelum bertolak ke Mekah

• Jemaah akan bermikat di qarmul manazil (diatas kapal terbang)

• Setibanya di Jeddah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pegawai umrah Mekah untutk dibawa menaiki bas ke hotel yang ditetapkan

• Selepas itu, jemaah boleh mengerjakan Umrah / aktiviti bebas


HARI KEDUA (MEKAH)


• Aktiviti bebas / mengerjakan Umrah

• Boleh bermiqat di Tanaeim (pembiayaan sendiri)


HARI KETIGA (MEKAH ZIARAH LUAR)


• Jam 7.00 pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat – tempat bersejarah di Mekah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula, dan Wusta)

• Jemaah akan dibawa ke Ja'ranah untuk bermiqat dan seterusnya kemablai ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah

• Jemaah bebas untuk beribadat


HARI KEEMPAT (MEKAH ZIARAH DALAM)


• Selepas sarapan jam 7.00 pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk melawat sekitar Masjidail seperti Bukit Abi Kubis, tapak rumah Siti Khatijah (Isteri Nabi), Rumah kelahiran Nabi Muhammad, Rumah Abu Bakar, Masjid Jin (tempat Nabi Muhammad SAW berdakwah pada golongan jin), Masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi) dan Perkuburan ma'ala (tempat Siti Khatijah dikebumikan)

• Seterusnya, jamaah bebas untuk beribadat

• Aktiviti bebas / mengerjakan Umrah

• Boleh bermiqat di Tanaeim (pembiayaan sendiri)


HARI KELIMA (MEKAH)


• Aktiviti bebas / mengerjakan umrah

• Boleh bermiqat di Tanaeim (pembiayaan sendiri)


HARI KEENAM (MEKAH ZIARAH HUDAIBIYAH)


• Selepas sarapan jam 7.00 pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotl untuk melakukan aktiviti ziarah (Ziarah Hudaibiyah). Ziarah Hudaibiyah merangkumi menziarah tempat – tempat bersejarah di Hudaibiyah, melawat ladang unta dan melawat muzium (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi)

• Bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah, boleh bermiqat di Masjid Hudaibiyah dan kemabli ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah

• Tazkirah pada pukul 5 petang (selepas solat Asar)


HARI KETUJUH (MEKAH)


• Aktiviti bebas / mengerjakan Umrah

• Boleh bermiqat di Tanaeim (pembiayaan sendiri)


HARI KELAPAN (MEKAH – MADINAH)


• Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida sebelum meninggalkan Mekah

• Selepas makan tengah hari da solat zohor berangkat ke Madinah

• Di Madinah, jemaah akan disambut oleh urus setia dan akan diberikan kunci serta taklimat tentang ziarah.


HARI KESEMBILAN (MADINAH ZIARAH DALAM)


• Selepas sarapan jam 7.00 pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk lawatan persekitaran Masjid Nabawi iaitu lawatan ke Taman Khalifah, Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Masjid Saidina Ali dan Ghamama. Menziarahi Makam Rasullulah dan para sahabat, *Raudhah dan perkuburan Baqi'

• Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi


HARI KESEPULUH (MADINAH ZIARAH LUAR)


• Jam 7.00 pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat – tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, lading kurma dan bazar kurma

• Ziarah pilihan akan dikenakan bayaran (kilang Al- Quran / lapangan magnet)

• Selepas itu jemaah bebas beribadat

• Taklimat keberangkatan


HARI KESEBELAS (MADINAH – KUL)


• Hari terakhir : Jemaah dinasihatkan menyempurnakan "ziarah wida" sebelum meninggalkan Madinah

• Jemaah kemudiannnya akan dibawa ke lapangan terbang Madinah / Jeddah untuk penerbangan ke KUL

• Jemaah dijangka tiba mengikut jadual yang akan ditetapkan (pada keesokan harinya)


HARI KEDUABELAS (TIBA DI KUL)


• Jemaah tiba di KLIA


*Raudhah bagi jemaah wanita akan dibimbing oleh Ustazah.


Disokong Oleh :


Keahlian :



Copyright © 2008 - 2013. Irna Yakin Travel & Tours Sdn Bhd. All rights reserved. Ejyd